SELAMAT DATANG KE LAMAN KOLONI HITAM .. BACA , KOMEN DAN FOLLOW .. TERIMA KASIH .. DATANG LAGI .. =)

Hand Of God


Hand Of God Versi 2010,rasanya tak patut gelaran tu di berikan pada Luis Suarez, Suarez telah menunjukan ketiadaan semangat kesukanan apabila sengaja menanpan bola yang sememangnya mudah untuk masuk menerjah jaring uruguay ,Sedangkan dia seorang penyerang bukannya penjaga gol..

Walaupun menerima Kad Merah dan hadiah sepakan penalty di berikan belum cukup untuk menebus kesalahan Suarez. Jika Suarez tidak menampan bola itu,Ghana sememangnya mempunyai peluang yang cerah untuk ke separuh akhir kerana ianya berlaku di detik-detik akhir perlawanan di mana hanya berbaki berberapa saat.

FIFA sepatutnya mengambil tindakan keras keatas pemain seperti ini dan mana-mana pemain yang kelihatan sengaja menampan bola dengan tangan dan kemungkinan gol akan terhasil ini kerana sepakan penalty belum tentu dapat memperolehi gol.

Bukan mudah untuk mengambil tendangan penalty dan menyerap segala tekanan dan beban ketika hendak melakukan tendangan. Tanya saja pemain-pemain,mereka kadang kala tidak sanggup untuk menghadapi penalty kerana ianya nasib semata-mata

Bagi Urugauay dan pendapat peribadi

URUGUAY KE SEPARUH AKHIR TANPA MARUAH dan bakal bertemu dengan pasukan pilihan iaitu belanda.



PS - Susahnya penyerang nak jadi penjaga gol ni

Gambar dari kosmo.com.my




This entry was posted on 04 July 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.