SELAMAT DATANG KE LAMAN KOLONI HITAM .. BACA , KOMEN DAN FOLLOW .. TERIMA KASIH .. DATANG LAGI .. =)

Nani belum sedia maafkan Carragher

  
 Nani menahan sebak dan sakit

 Akhirnya, air mata Nani jatuh di anfield


LONDON - Pemain sayap Manchester United, Nani enggan memaafkan Jamie Carragher di atas terjahan keras yang menyebabkan dia mengalami kecederaan serius pada kakinya.Carragher menghantar mesej memohon maaf itu ke bilik persalinan United sebaik sahaja skuad The Red Devils tewas 1-3 di Anfield pada 6 Mac lepas.Pertahanan skuad The Reds itu ingin memohon maaf secara peribadi, namun Nani yang terpaksa diusung keluar padang selepas terjahan tersebut enggan melayannya.Malah sehingga kini, meskipun pulih lebih awal daripada jangkaan dan beraksi menentang Marseille dalam kempen Liga Juara- Juara pagi kelmarin, Nani masih lagi keberatan memaafkan Carragher.

Pemain sayap Portugal itu menjelaskan: "Saya tidak tahu apa yang Carra- gher fikirkan ketika itu tetapi apa yang saya tahu ter- jahannya itu bukan dalam permainan bola sepak."Dia datang jumpa saya selepas perlawanan tetapi saya amat marah kepadanya."Ini kali kedua dia mencederakan saya. Sebelum ini pun dia pernah menyebabkan saya cedera selama dua bulan. Dia memang selalu membuat terjahan keras seperti itu."Saya bukannya mahu perhatian, saya hanya mahu pengadil memberi huku- man yang adil."Jika kesalahan itu sepa- tutnya kad merah, maka berikan kad merah. Jika mereka beri dia kad merah, lain kali pemain ini tidak akan membuat terjahan seperti itu lagi." - Agensi

Photobucket



This entry was posted on 18 March 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.