SELAMAT DATANG KE LAMAN KOLONI HITAM .. BACA , KOMEN DAN FOLLOW .. TERIMA KASIH .. DATANG LAGI .. =)

Pusat Graviti Bumi Sekitar Kota Makkah

Bakkah,Al Balad Al Amin, Umm Al Qura, Al Baldah merupakan sebahagian dari nama-nama yang lain bagi kota suci umat Islam ini.Beruntunglah bagi mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Makkah Al-Mukarramah terutama ketika menunaikan ibadat haji mahupun umrah.Sudah pasti memberi 1001 kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Bagi yang belum berpeluang,keinginan kesana pasti ternanti-nanti.Tiada siapa yang sangka suatu ketika dulu ianya merupakan sebuah padang pasir yang kering-kontang kini menjadi tumpuan seluruh umat Islam.Disitulah letaknya Kaabah sebagai pusat bumi dan disitu jugalah sumber air zam-zam yang tidak putus-putus simpanannya.

Ramai yang telah menyetujuinya dan tak kurang juga memandang sinis terutamanya golongan bukan Islam & muslim yang hanya berfikiran logik semata-mata.Apatah lagi si Stephen Howking yang tidak mempercayai Tuhan,makin bertambah dungulah dia yang sememangnya telah dungu dari cahaya kebenaran jika diberi peluang untuk mengkaji kehebatan kuasa Allah di bumi Makkah itu.

Bagi yang memahami hukum fizik dan mereka-mereka yang mengkaji mengenai kehebatan Makkah pasti menemui sesuatu yang baru.Dikota Makkah keadaan gravitinya adalah sangat stabil dan agak tinggi.Ajaib bukan?Mengikut pengiraan sains yang dipelopori pihak barat,Kutub Utara dan Kutub Selatan melebihi daya gravitinya berbanding equator(garisan Khatulistiwa).Perlu diingatkan, Equator atau Garisan Khatulistiwa adalah garisan tengah yang membahagikan antara dua kutub bumi.

Tetapi kutub magnetik (diutara dan selatan) bumi adalah berbeza sama-sekali.Ia tidak berada tepat diatas kutub Utara dan Selatan.Malahan ia condong beberapa darjah dan berjauhan sebanyak 810km dari Kutub Utara dan 2826km dari Kutub Selatan.(Pengiraan diambil pada tahun 2005 melalui satelit pengesan medan magnetik).

Bagi pengiraan jarak dari peta magnetik (jangan rujuk peta atlas dunia yang biasa),Makkah adalah amat hampir dengan garisan tengah antara kedua-dua kutub magnetik itu.Kekuatan medan magnetnya juga hampir-hampir sifar iaitu 1 darjah ke timur.Perlu diingat disini bahawa pengiraan ini adalah dari manusia yang penuh dengan kelemahan ilmunya.

Sudah tentu ilmu Allah tidak terbatas,tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa Makkah itu benar-benar diatas pusat dunia,terletak diantara 2 medan magnetik dan juga mempunyai kekuatan magnetik yang sifar serta kekuatan graviti yang amat tinggi. Sebagai bukti,bawalah kompas dan anda akan lihat jarumnya tidak bergerak langsung jika dibandingkan kompas yang terletak di Utara atau Selatan magnetik dimana jarumnya tak keruan berpusing-pusing mencari arah.

Sebelum ini,kiblat umat Islam adalah kearah Masjid Al-Aqsa dan disitulah pusat bumi ketika itu.Kemudian melalui perintah Allah ke atas Nabi S.A.W,kiblat ditukarkan kearah Kaabah di Makkah.Menurut seorang professor,telah terjadi gempa bumi dan pergerakan platlet bumi di tanah Arab.Kesannya pusat bumi telah beralih arah ke Kaabah,Makkah.

Jadi apa rasionalnya kita mengaitkan segala graviti dan medan magnetik di Makkah ini?Ya memang rasional malahan memang terbukti dari segi saintifiknya.Mengikut saintis,pengaruh graviti banyak memainkan peranan untuk merangsangkan kelenjar pineal yang terletak di otak tengah untuk mengawal kekuatan imun badan.Imun badan kita menjadi kuat secara semulajadi tanpa sebarang vaksin.

Apabila graviti makin kuat,maka banyak ion-ion negatif berkumpul disitu.Memang terbukti bahawa mereka yang sebelum itu mengalami sakit-sakit badan,bila tiba di tanah suci kesakitan yang dialami hilang dengan serta-merta.Tekanan graviti yang tertumpu disitu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.Jadi keupayaan darah untuk membawa oksigen keseluruh badan adalah amat baik dan lancar sekali jika dibandingkan keadaan manusia di tempat-tempat lain di sekitar dunia.

Bagi medan magnetnya yang sifar pula adalah disebabkan tarikan untuk kedua-dua medan (Utara & Selatan) adalah seimbang. Ketika tawaf mengelilingi Kaabah,tenaga anda seperti dicas semula dan mendapat kekuatan serta kesegaran yang luar-biasa.Perasaan dan tubuh anda akan rasa tenang,segar dan bertenaga.Sebenarnya,dengan bertawaf mengikut lawan jam juga memberi satu tenaga hayat secara semulajadi kepada alam semesta.Buktinya Neil Armstrong ketika berada di luar angkasa,beliau mengesan satu gelombang yang hebat telah dipancarkan dari bumi.

Setelah diselidikinya,gelombang itu berpunca dari Kaabah.Beliau mencari dimana hujungnya gelombang yang dipancarkan itu berakhir,tetapi langsung tidak di temuinya.Gelombang itu tidak berpenghujung atau infiniti katanya. Bagi kita umat Islam percaya bahawa Baitul Haram(Makkah) itu bersambung terus ke Baitul Makmur(Langit ke tujuh).Andai kata seketul batu jatuh dari Baitul Makmur, ia pasti akan mengenai Kaabah di bumi kita.Maka gelombang yang dikesan oleh Neil Armstrong itu dipercayai terus-menerus hinggalah ke Baitul Makmur dimana tempat tawafnya para malaikat.

Kemudian apakah kesannya apabila tanah Makkah Al-Mukaram yang tidak diganggu medan magnetik serta berkeadaan graviti yang stabil dan tinggi itu? Menurut pakar sains, tanah-tanah yang mempunyai graviti yang tinggi mengandungi kandungan garam dan air yang banyak.Terbukti sememangnya Makkah itu tidak kering dengan air zam-zamnya.Dipercayai juga dengan kepekatan graviti sungai-sungai dibawah tanah akan terhasil dengan banyaknya.Tahukah anda bertapa pentingnya air kepada kita? Dan betapa pentingnya bekalan air yang berterusan andai kita di alam peperangan?Disinilah atas rahmat dari Allah S.W.T, Dia telah menganugerahkan air zam-zam buat kita semua untuk digunakan baik ketika keadaan tenang mahupun genting.

Andaikata umat Islam keputusan bekalan makanan dan minuman,maka Makkah Al-Mukaramlah yang akan mencukupinya.Tidak hairanlah jika berlakunya peperangan besar, Makkahlah yang akan menjadi benteng Kota terakhir umat islam(begitu juga dengan Madinah) kerana 2 kota ini tidak dapat ditembus oleh sang dajjal laknatullah.Sudah pasti kita tahu yang air itu merupakan satu keperluan utama bagi manusia.

Dipercayai di akhir zaman kelak,ketika kemunculan sang dajjal laknatullah itu akan menguasai dunia ini terutamanya bekalan air.Dipercayai juga ketika diakhir zaman kemarau yang berpanjangan akan berlaku (mungkin kesan dari perang nuklear?),haiwan ternakan banyak yang telah mati,tumbuh-tumbuhan terbantut dan tercemar,sungai-sungai kering serta hujan berasid.Ketika itulah sang dajjal laknatullah akan “mengofferkan” bantuannya.Jadi apa yang perlu dilakukan?Larilah…carilah perlindungan di kota Makkah dan Madinah.InsyaAllah disitu terjamin keselamatan kita buat umat Islam.

Adakah dajjal akan mengambil bekalan-bekalan air yang telah tercemar itu sebagai minuman?Tidak..tidak sama sekali,kerana dia telah membuat perancangan lebih awal.Saudara sekalian,lihatlah apakah yang ada di monumen-monumen tinggalan tamadun-tamadun purba dahulu? Stonehenge, pyramid, Easter island dan pelbagai tapak sejarah lain mengandungi mata air yang banyak serta bertekanan graviti yang tinggi serta pusat kuasa magnetik.Dia dajjal sang kutuk itulah yang membina monumen-monumen tersebut sebagai persediaan huru-hara di akhir zaman.Cuba lihat hadis dibawah:

Nabi S.A.W bersabda “Sesungguhnya Dajjal itu akan berada di bumi selama 40 pagi di mana dia akan tiba pada setiap sumber air tetapi tidaklah dia dapat menghampiri 4 buah masjid iaitu Masjidil Haram,Masjid Nabawi,Masjid At-Thur dan Masjidil Aqsa” (Riwayat Imam Ahmad.Sahih rujuk Fath Ar-Rabbani 24:26).

Lihatlah sehebat-hebat dajjal laknatullah itu,lebih hebat lagi Allah yang Maha Besar.Perancangan dajjal tidak dapat menandingi perancangan Allah.Allah telah me”reserved”kan kita umat Islam awal-awal lagi dengan Air Zam-Zam yang tidak putus-putus bekalannya dimana terletaknya didalam Kota yang amat kebal dan ampuh dari sebarang senjata iaitu Makkah Al-Mukkaramah.InsyaAllah Kota Makkah juga bakal menjadi saksi akan kemunculan pembela umat Islam yang berdarah daging dari Rasullullah S.A.W. Amin…



This entry was posted on 19 May 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.