Soalan:
Bagaimanakah
caranya untuk kita mengenal orang yang berpegang dengan agama Syiah ini?
Jawapan:
Mula-mula
sekali sebelum kita hendak mengenali orang yang menganut fahaman syiah ini,
kita perlu mengenali apa itu syiah. Syiah di atas dunia mempunyai tiga
kecenderungan yang besar. Mereka terpecah kepada banyak kelompok tetapi
majoritinya adalah tiga kelompok besar seperti berikut.
Kelompok
pertama dipanggil syiah mufaddholah (puji kelebihan), iaitu yang cenderung
memuliakan ahlul bait (kaum keluarga Nabi). Mereka akan banyak bercakap tentang
kemuliaan ahli keluarga Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, Husain, dan lain-lain
tetapi mereka tidak mengkafirkan sahabat Nabi. Mereka mengiktiraf Abu Bakar,
Umar, Utsman sebagai khalifah, tetapi bagi mereka Ali tetap lebih mulia dengan
tema atau slogan mereka, jawaazu-imaamatil-faadhil-ma’a-wujuudil-afdhal (harus
menjadi imam orang yang baik dengan kebersamaan wujudnya orang yang lebih
baik). Bererti Abu Bakar, Umar dan Utsman diharuskan menjadi khalifah walaupun
(menurut pegangan mereka) Ali lebih baik daripada mereka semua. Mereka terkenal
dengan nama Syiah Zaidiyyah, kebanyakannya di Yaman.
Kecenderungan
kedua merupakan kelompok syiah majoriti di dunia ini iaitu Syiah Rafidhah.
Rafidhah berasal daripada perkataan Ar-Rafdhu (tolak). Mereka digelar sebagai
Rafdhu atau Rafidhah kerana mereka tidak mengiktiraf bahkan mengkafirkan dan
melaknat sahabat dan isteri Nabi SAW seperti Abu Bakar, Umar, Utsman, Abu
Hurairah, Muawiyah ibn Abi Sufyan, Aisyah, keturunan Muawiyah dan keturunan
Umar keseluruhannya. Apa sahaja yang datang daripada kesemua sahabat yang
mereka laknati tidak boleh diterima dan harus ditolak menurut mereka.
Mereka
adalah majoriti yang datang dengan pelbagai nama pada hari ini, antaranya;
Imamiyah Itsna Asyariyah (Imam 12), Ja’fariyah (ada di Gombak, Kedah, Perak,
juga berakar dalam parti politik tertentu). Ini bahaya dan tidak boleh dianggap
remeh kerana mereka mempunyai agenda.
Akidah
mereka berbeza dengan akidah Ahlus sunnah. Kalau kita setakat berbeza fahaman
parti politik, tetapi perbezaan dengan syiah ini lain. Mereka mengkafirkan
sahabat Nabi bertujuan untuk meragukan sumber agama kita. Idea mengumpul Al
Quran datangnya dari Umar, dan Abu Bakar mengarah Umar mencari penulis wahyu
lalu Umar memilih Zaid ibn Tsabit dan mereka menulis Al Quran. Apabila syiah
mengkafirkan sahabat maka Al Quran yang ada pada hari ini dianggap tidak boleh dipakai.
Mereka
memiliki akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura). Menurut Imam mereka, tidak
ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah. Mereka dituntut untuk
menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan
menyembunyikan kepercayaan mereka.
Lihatlah
sambutan Asyura yang setiap tahun mereka raikan, mereka melaknati Abu Bakar,
Umar, dan sahabat Nabi yang lain. Baru-baru ini saya ke Oman bersama sahabat
saya, kami memasuki sebuah masjid syiah. Di Oman ada 10-15% penganut agama
syiah imam 12. Saya masuk ke dalam masjid mereka dan di situ ada batu-batu
karbala iaitu tanah yang dimampatkan menjadi batu dan mereka sujud di atas
tanah itu ketika solat kerana menganggap suci tanah tersebut.
Kemudian
saya masuk ke dalam lagi dan pergi ke rak buku, saya mengambil satu buku kecil
bertajuk Ziarah Asyura (Lawatan Hari Asyura). Saya membuka dan membacanya, di
dalamnya terdapat doa-doa laknat ke atas sahabat Nabi beserta tatacara dan
kaedah membaca doa-doa tersebut. Adapun tuntutan Nabi SAW ke atas kita pada
hari asyura adalah dengan berpuasa, sedangkan mereka pada hari itu mencederakan
diri dan mendoakan laknat ke atas sahabat Nabi kerana bagi mereka hari tersebut
adalah hari kematian Husain.
Kepercayaan
mereka berbeza dengan ahlus sunnah. Imam Mahdi mereka tidak sama dengan Imam
Mahdi ahlus sunnah. Imam Mahdi menurut mereka adalah Imam mereka yang terakhir
dan menunggu di dalam Gua Sardab. Imam Mahdi kita yang Nabi SAW beritakan ada
ciri-cirinya berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW, tetapi mereka menolak kesemua
hadis-hadis tersebut kerana diriwayatkan oleh para sahabat.
Mereka
menolak Sahih Bukhari, Sahih Muslim. Imam Bukhari mati di dalam buangan kerana
dituduh oleh puak syiah sebagai Nashibi (pembenci ahli keluarga Nabi). Jadi
perkara ini tidak boleh dibuat main, mereka menimbulkan syubhat dalam pemikiran
kita. Ini adalah majoriti syiah yang sedang bertebaran di atas muka bumi pada
hari ini.
Syiah yang
ketiga, dan ini yang paling pelik. Mereka minoriti tetapi bergerak aktif di
sebelah Syria, sempadan Jordan. Mereka juga terdapat di Lubnan. Syiah yang
berkecenderungan kepada Bathiniyah (simbolik dan tiada amalan). Mereka
menganggap ibadah seperti solat, haji, dan lain-lain hanya simbolik
semata-mata. Bahkan pelampau mereka beriktikad malaikat Jibril tersalah
menyampaikan wahyu kepada Muhammad, sepatutnya wahyu disampaikan kepada Ali bin
Abi Thalib.
Akidah
begini merupakan akidah yang membatalkan keislaman seseorang. Mereka datang
dengan banyak nama, antaranya; syiah Nushairiyah seperti Bashar Al-Asad di
Syria – mereka menyembah gambarnya kerana telah mengangkat imam mereka setaraf
Tuhan, syiah Duruz, syiah Isma’iliyah di Pakistan, Aghakhaniyah di Afghanistan,
Pakistan dan Malaysia (dalam kelompok kecil).
Ini adalah
tiga kecenderungan syiah, cuma yang majoritinya adalah kelompok yang kedua.
Cara
mengenali mereka
Syiah
boleh dikenali melalui modus operandi atau cara mereka menarik kita.
Langkah
Pertama: Mereka memulakan dengan memuji ahlul bait (ahli keluarga Nabi). Mereka
akan kerap bercerita tentang kebaikan dan kemuliaan kaum keluarga Nabi; Ali,
Fathimah, Hasan, dan lain-lain. Mereka menyeru untuk fokus dan bercakap tentang
ahli keluarga Nabi sahaja, mengapa perlu bercakap tentang yang lain, kerana
Nabi sangat mencintai kaum keluarganya. Oleh itu menurut mereka, memadai
mengambil kebaikan daripada kaum keluarga Nabi.
Mereka
membawa dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadis akan kelebihan-kelebihan kaum
keluarga Nabi. Kita perlu ingat bahawa Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah orang
yang paling cinta kepada Ahlul Bait. Paling cinta bererti mencintai sesuatu
sesuai dengan tahap dan statusnya. Ini adalah ciri wasathiyah (kesederhanaan)
yakni tidak berlebihan dan tidak berkurangan.
Kita perlu
sayang dan kasih kepada Ahlul Bait. Tetapi kalau pada hari ini ada di kalangan
yang mengaku keturunan Nabi tetapi melakukan maksiat, kejahatan dan kesalahan,
maka kesalahannya tidak boleh dibiarkan. Kata Nabi SAW,
لو أن
فاطمة بنت
محمد سرقت
لقطعت يدها
Maksudnya:
“Kalau Fathimah bintu Muhammad mencuri aku akan potong tangannya.”
Sayang ada
hadnya. Adapun syiah menyayangi ahlul bait dengan menganggap mereka bebas dosa,
kerana syiah bertujuan hendak pergi ke peringkat kedua iaitu menceritakan
kepada kita tentang imam-imam mereka dan seterusnya memaksumkan mereka.
Langkah
kedua: Mereka mempopularkan imam-imam mereka; Khomeini. Antara slogan mereka,
“Saya tidak bercakap tentang akidah Khomeini, saya bercakap tentang revolusi
yang dibawanya yang perlu kita contohi, perjuangan Hasan Nasrullah, Hizbullah.
Hasan Nasrallah pejuang Islam, penentang Israel.”
Mereka
bertujuan membangkitkan semangat. Berapa kali syiah menyerang Amerika? Berapa
kali mereka berperang dengan Israel sampai hancur. Sedang Amerika mencari Anwar
Al Aulaki, menghantar kapal terbang automatik tiada orang, menembak menggunakan
satelit, mencari Osama bin Laden sampai jumpa, mencari Saddam Hussein sampai
jumpa, mencari Muammar Ghaddhafi sehingga dijumpai, sedangkan Muammar Ghaddafi
itu berbillion kekayaannya, membina tempat keselamatannya dengan kekayaannya
tetapi Amerika boleh cari juga.
Kenapa
negara syiah seperti Iran, Lubnan dengan Amerika tidak berperang lagi sampai ke
hari ini? Tiba-tiba menghantar peluru terkena dekat Palestin, tidak sengaja
kononnya. Mereka ada agenda mereka, inilah dia taqiyyah Syiah.
Sebab itu
ulama apabila membahaskan hadis Nabi yang menceritakan tentang Dajjal di akhir
zaman, yang akan menjadi tentera Dajjal adalah 70 ribu orang daripada Asfahan,
di Parsi. Ulama terdahulu sudah mengulas kemungkinan besar mereka ini adalah
syiah rafidhah Imam 12.
Syiah
sering bercerita tentang imam mereka, memuji Khomeini sebagai penulis buku
hebat dan pelbagai pujian lagi. Bayangkan orang seperti P. Kalimuthu,
kemungkinanlah dia pernah membantu orang kampungnya, kemudian orang memuji-muji
P. Kalimuthu seorang yang baik, telah membantu ramai orang miskin. Adakah boleh
diterima cerita seperti itu? Tidak boleh kerana orang tahu dia jahat, melakukan
banyak pembunuhan, jenayah dan sebagainya. Begitu juga Khomeini, dia menulis
dalam bukunya sendiri cercaannya ke atas sahabat Nabi SAW.
Andaikan
saya mencerca dan mengkafirkan bapa kepada salah seorang kalian, adakah kalian
mahu mendengar ceramah saya? Jadi bagaimana kita boleh memuji memuja dan
mengangkat nama-nama orang yang mengkafirkan sahabat Nabi?
Abu Bakar
RA adalah sahabat Nabi yang menemani baginda di dalam gua, orang yang dilantik
oleh Nabi sebagai imam sewaktu Nabi pergi keluar ke mana-mana, yang Nabi kasih
dan Nabi sayang, yang mana ketika semua orang tidak percaya kepada Nabi SAW,
beliau menyatakan kepercayaannya kepada Nabi tanpa berbelah bahagi sehingga
digelar sebagai As-Shiddiq.
Bagaimana
kita boleh mendiamkan diri dengan orang yang mengkafirkan Umar Al Khatthab RA
dan mengatakan perselisihan ini kecil. Anak Umar, Abdullah ibn Umar RA
merupakan antara yang paling banyak meriwayatkan hadis. Umar yang tegas,
pantang orang cuit sedikit sahaja beliau akan mengeluarkan pedang demi Islam. Bahkan
Nabi SAW menyebut di dalam hadis bahawa syaitan tidak berani lalu tempat yang
dilalui oleh Umar (lihat Sunan Tirmidzi).
Utsman RA
yang Nabi memujinya seperti dalam riwayat Imam Ahmad “Tidakkah kamu malu kepada
orang yang malaikat pun malu kepadanya?” tiba-tiba kita boleh mendiamkan diri
terhadap orang yang mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi ini.
Aisyah RA
wanita yang paling banyak meriwayatkan hadis, lantas dikafirkan oleh syiah.
Apabila beliau dikafirkan bererti semua hadis yang diriwayatkannya tidak boleh
diguna pakai.
Abu
Hurairah sahabat Nabi yang paling banyak menghafal hadis pun turut dikafirkan,
maka hadis Abu Hurairah tidak boleh diterima.
Jadi apa
tinggal dengan agama kita? Mereka meragukan sumber agama kita, begitulah cara
mereka merosakkan Islam. Mereka mengambil kitab mereka dan memuliakan imam
mereka. Oleh itu berhati-hatilah dengan orang yang mengangkat nama Khomeini,
mengangkat negara Iran.
Menyebarkan
syiah melalui perkahwinan
Orang Iran
cantik-cantik parasnya. Antara modus operandi mereka juga adalah melalui wanita
dan lelaki Iran, seks dan perkahwinan. Mereka hantar lelaki-lelaki Iran belajar
di negara kita, hidung mancung bak seludang, janggut elok, rambut cantik,
setakat Sami Yusuf dan Maher Zain tidak ada apa. Siapa tidak bangga kalau dapat
menantu paling handsome di kampung. Tetapi padahal mereka membawa ideologi
syiah.
Di sebelah
Afrika mereka menghantar perempuan-perempuan Parsi. Perempuan Parsi ini cantik,
Allah berikan keindahan dan kecantikan kepada mereka sebagaimana kata Umar
ketika Umar menghantar seorang lelaki di zamannya ke sana, di mana lelaki
tersebut sangat kacak sampai semua orang lelaki dan perempuan terpegun
melihatnya. Kemudian Umar menyuruhnya mencukur rambutnya, apabila dicukur semua
rambutnya bertambah kacak, kemudian Umar menyuruhnya berhijrah ke negeri di
belakang 2 sungai (Tigris dan Furat) iaitu Parsi kerana orang Parsi semuanya
cantik-cantik belaka.
Itu
sedikit sebanya cara mereka menyebarkan syiah. Yang paling jelas adalah mereka
banyak mempopularkan ilmuan-ilmuan mereka seperti Khomeini, Hasan Nasrallah,
dan sikit-sikit akan merujuk kepada Iran, mengangkat Iran sebagai negara Islam.
Sedangkan negara Islam diiktiraf berdasarkan nama atau akidah?
Hal ini
bukan hal yang kecil, hal ini serius. Dulu ada usaha tokoh-tokoh Ikhwanul
Muslimin, antaranya nama-nama seperti Mustafa as-Siba’i, beliau antara tokoh
terawal yang hendak taqrib (mendekatkan) Ahlus sunnah dengan Syiah. Beliau
pergi duduk di Lubnan untuk beberapa tempoh, akhirnya mengaku usaha taqrib ini
tidak boleh diteruskan kerana sumber agama syiah dan ahlus sunnah berlainan.
Syiah
memiliki kitab hadis mereka sendiri, ahlus sunnah ada hadis kita sendiri. Syiah
mengkafirkan sahabat Nabi, sedangkan kita membawa hadis dari para sahabat yang
mereka kafirkan. Al Quran mereka mengandungi 17 ribu ayat, Al-Quran kita
didakwa tidak cukup, ada surah-surah tertinggal. Hal ini disebut dalam
kitab-kitab hadis mereka; Usulul Kaafi al-Kulaini. Al-Quran kita mengandungi
6236 ayat sedangkan Al-Quran mereka 17,000 ayat bererti Al Quran kita baru suku
daripada Al Quran mereka.
Syiah
Agama Politik
Pada hari
ini mereka turut datang dengan nama Ja’fari dan masuk ke dalam politik tanah
air. Kita perlu ingat bahawa syiah adalah agama politik. Sebab itu salah satu
rukun Islam mereka adalah Al-Wilayah (kenegaraan). Setelah mendapat negara maka
barulah sah rukun Islam wilayah mereka.
Maka sebab
itu mereka seringkali memberontak dan cuba menjatuhkan pemerintah Islam yang
sah, kerana mereka ada agenda untuk menguasai negara. Saya tidak kira mereka
berada dalam parti mana. UMNO jangan sekali-kali bagi ruang syiah masuk ke
dalam parti. Bagi ahlus sunnah sahaja masuk. Itu sedikit berkaitan syiah.
Wallahu-A’lam.
Teks
disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut :
http://www.youtube.com/watch?v=cHtKnU7iicY
Post a Comment