SELAMAT DATANG KE LAMAN KOLONI HITAM .. BACA , KOMEN DAN FOLLOW .. TERIMA KASIH .. DATANG LAGI .. =)

Poster Kempen Kitar Semula











Antara design untuk memberi kesedaran terhadap bahayanya pengunaan beg plastik, dan mengajak supaya penguna mengunakan kempen kitar semula beg kertas dan bahan-bahan kitar semula.

Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ancaman plastik kepada alam sekitar di negara kita kelak? Jawapan sudah di kenali ramai iaitu melalui kaedah kitar semula atau dengan kata selamatnya beg kertas kitar semula. Dengan pengunaan beg kertas kita semula ketika keluar membeli belah ianya dapat mengurangkan jumlah pengunaan beg plastic, seterusnya mengurangkan pengeluaran beg plastik dan menurunkan kadar pelupusan beg plastik. Kebanyakan di negara-negara eropah mula mengharamkan pengunaan beg plastik ini dan mengantikannya dengan beg kertas.

Menurut ensiklopedia bebas, Pada 4 Mei 2009, Australia Selatan melarang penggunaan beg plastik untuk mengisi barangan yang dibeli. Larangan ini akan mengurangkan jumlah sampah di tapak pelupusan, mengurangkan jumlah sampah di jalan, di taman dan aliran air. Pengguna akan diberi beg kompos selain beg yang boleh digunakan semula dengan mengenakan sedikit bayaran. Pembeli hendaklah menyediakan "green bags, atau membayar sehingga A25 sen di kedai utama untuk beg yang boleh reput sendiri.Beg plastik bergulung untuk mengisi buah-buahan, sayur-sayuran dan daging, masih terus disediakan, bersekali dengan beg lebih kukuh di gedung membeli-belah atau kedai pakaian. 4 bilion beg plastik di seluruh dunia amat membazir. Larangan ini dapat mengurangkan 400 juta beg plastik daripada sampah di Selatan Australia setiap tahun.Kumpulan pencinta alam sekitar Planet Ark berharap tindakan ini dapat dicontohi semua.

Di United Kingdom, pengharaman beg plastik adalah bersamaan dengan mengurangkan 18,000 kenderaan di atas jalan. (Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan) ini adalah langkah yang wajar untuk mengurangkan pencemaran sisa beg plastic yang berleluasa. Di Malaysia, isu pengunaan beg kertas juga mula di perkenalkan oleh kerajaan apabila melihat kepada ancaman yang serius terhadap beg plastik. Kerajaan mula melancarakan kempen hari tanpa beg plastic secara berperingkat bermula pada setiap hari sabtu. Di Malaysia, Pulau Pinang ialah negeri pertama yang melaksanakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada 6 Julai 2009 di pasar raya hingga dapat menjimatkan lebih 1 juta beg plastik dalam masa empat bulan.

Program ini kemudian dilanjutkan ke tiga hari seminggu iaitu setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu mulai 1 Jan 2010 dan pada tahun ini, Pulau Pinang mengorak langkah dengan memperkenal kempen 'Setiap Hari Tanpa Beg Plastik Percuma'. 

Di Selangor kebanyakan pasar raya besar seperti Tesco, Carrefour, Giant dan beberapa premis perniagaan lain turut menyokong kempen ini dengan tidak menyediakan beg plastik kepada pengguna pada hari Sabtu. Sekiranya pengguna masih mahu menggunakan beg plastik, mereka akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik yang digunakan dan wang itu akan disalurkan kepada badan kebajikan atau untuk program kepenggunaan dan pemuliharaan alam sekitar.

This entry was posted on 12 October 2012 and is filed under ,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

One Response to “Poster Kempen Kitar Semula”

azlina said...

Salam sejahtera,

Saya Azlina, editor untuk buku teks Pendidikan Seni Visual yang diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memohon kebenaran menggunakan gambar/foto/karya yang terdapat dalam blog tuan/puan. Sila hubungi saya di emel yusazlina11@gmail.com berikut untuk maklumat lanjut.
Terima kasih.