SELAMAT DATANG KE LAMAN KOLONI HITAM .. BACA , KOMEN DAN FOLLOW .. TERIMA KASIH .. DATANG LAGI .. =)

Selamat Hari Kemerdekaan Ke 53





Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Pertama sekali syukur kepada hadrat illahi dan dengan izinNYA sekali lagi kita dapat menyambut hari kemerdekaan Negara kita yang ke 53. Setelah mengecapi kemerdeka an selama 53 tahun, Negara kita masih lagi dalam keadaan aman dan harmoni walaupun di diami oleh pelbagai kaum. Hal ini menjadikan Negara kita unik kerana rakyat mampu memupuk semangat cintakan tanah air dan menjaga keamanan Negara.
Pada tahun ini,kita menyambut hari kemerdekaan dalam bulan puasa namun aktiviti untuk menyambut hari kemerdekaan tetap di langsungkan walaupun dalam keadaan sederhana, namun apa yang kita mahu adalah semangat untuk mempertahankan kemerdekaan dan kerjasama semua kaum. Kerjasama antara kaum ini telah terbukti mampu memupuk semangat cintakan tanah air.
Kita seharusnya bertuah kerana darah kita tumpah di tanah yang bergelar Malaysia kerana tidak banyak Negara mampu mempertahankan keamanan dan kedaulatan Negara mereka. Dalam meniti kemajuan dan pembangunan Negara kita silih berganti pemimpin tetap meneruskan agenda utama sejak kemerdekaan Negara iaitu menjadi Negara maju 2020.
Dalam mengorak langkah menuju wawasan 2020 banyak agenda-agenda telah di perkenalkan oleh perdana-perdana menteri yang lepas sebagai contohnya,Tun Mahathir telah menekankan isu kemajuan dalam erti pembangunan dan teknologi dan di iringi oleh Tun Abdullah yang di lihat menekankan kemajuan melalui rohani dan kebersihan jiwa dan kini cuba di imbangi oleh perdana menteri melalui pendekatan perpaduan bangsa Malaysia.
Sebagai rakyat dan juga bangsa Malaysia,kita seharusnya saling berkerjasama untuk menjaga kedaulatan Negara agar maruah Negara kita sentiasa di geruni oleh Negara luar. Kita seharusnya berbangga terhadap kelebihan yang di miliki oleh Negara kita seperti melalui perkembangan ekonomi Negara kita kini pesat membangun dan Negara kita juga kerap di kenali dengan lubuk emas bagi orang luar kerana peluang yang banyak dan terbuka.
Ayuh sama-sama kita semai semangat patriotic tanpa mengira fahaman agama dan juga politik kerana Negara kita adalah milik kita. Hanya kita yang mampu mempertahankan Negara kita dari di cerobohi oleh anassir luar yang cemburu melihat kemajuan yang kita kecapi sekarang.
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

http://wanz76.blogspot.com/

This entry was posted on 30 August 2010. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.