SELAMAT DATANG KE LAMAN KOLONI HITAM .. BACA , KOMEN DAN FOLLOW .. TERIMA KASIH .. DATANG LAGI .. =)

Piramid Giza Misteri Alam

Disepanjang Sungai Nil yang penuh legenda itu terdapat kira-kira empat buah Piramid, tetapi tidak ada yang boleh menyamai besarnya dengan piramid di Giza iaitu kira-kira 10 batu dari Kairo. Mengpa bangunan besar itu didirikan? Sehingga sekarang ini masih merupakan misteri yang belum dapat dijawab dengan memuaskan.....
Sejak beribu tahun, bahkan berjuta tahun yang lalu, kononnya telah ada makhluk luar bumi yang secara tetap dan kerap mengunjungi bumi kita ini. Mereka bertugas menyebarkan satu tamaddun baru, dengan mengajar ilmu pengetahuan dan juga agama.

Makhluk ini dikenali dengan UFO. Menurut teori kaum spiritualis, mereka inilah yang telah membangunkan piramid-piramid di Mesir yang sangat terkenal itu.

Para pengkaji Sejarah Mesir menyatakan Piramid terbesar di Giza itu merupakan satu ciptaan yang dibangunkan ketika Mesir berada di bawah pemerintahan Raja Khufu, suatu dinasti yang dikenali sebagai tanda abadi kebesaran Raja Khufu ataupun Cheop dalam bahasa Yunani.Napoleon, Raja terbesar

Perancis pun pernah rasa kagum melihat kemegahan dan keagunan Piramid besar ini. Dia menugaskan para juru ukurnya untuk mengukur bangunan besar itu. Belok-belok batu yang disusn dengan penuh teliti itu berjumlah tidak kurang dari 2 juta 3 ratus ribu belok, dengan beratnya dua sampai lima belas tan setiap satu. Keempat-empat dindingnya dengan tepat mengadap empat penjuru angin, dengan sudut-sudut hampir merupakan sudut tepat.

Kononnya pada lima ribu tahun yang lalu, Piramid besar itu jauh lebih cantik dan hebat kerana diselaputi dengan batu kapur yang berkilat-kilat. Pada bahagian puncaknya dilengkapi dengan batu berupa lempengan emas yang disepuh. Walaupun sekarang ini Piramid besar itu hanya tinggal sisa-sisa, namud ia masih tetap memancarkan keagungannya. Tetapi adakah Piramid itu hanya sekadar merupakan satu keajaiban teknoloji atau mungkin ia memiliki pancaran ghaib yang lebih dalam? Piramid di Giza pada mulanya dianggap sebagai satu komplek makam di raja Raja Mesir Kuno yang dipadati dengan harta karun berupa emas dan permata seperti mana yang pernah ditemui dalam ruang makam di Lembang, raja tempat kubur Tutankhamun. Biasanya makam-makan Raja Mesir Purba selalu dikelilingi dengan benda-benda buatan tangan dan batu galian berharga.

Dalam tahun 800an dulu, pertama kalinnya Piramid Besar itu dibuka oleh seorang penguasa muda dari Baghdad bernama Al Ma'mun. Dalam sejarah, ianya dikenali sebagai ekspedisi mubajir, kerana dalam piramid besar itu sama sekali tidak terdapat peninggalan berharga. Tujuan Al Ma'mun semasa mempelupori ekspedisi itu pun bukan kerana hendak mencari harta, dia mahu mencari sesuatu sumber yang jelas kononny Al Ma'mun telah mendengar adanya peta astronomi yang tersembunyi dalam Piramid Besar di Mesir itu.

Sayangnya Al Ma'mun tidak berjumpa dengan apa yang dia impikan itu. Piramid Besar itu hanyalah berisi lorong-lorong yang didalamnya tersimpan Sarcophages atau peti mayat dari batu yang tidak tertutup dan dibiarkan kosong.

Selepas ekspedisi Al Ma'mun itu, selama berabad-abad lamanya Piramid Besar itu menjadi tarikan dan perhatian para ilmuan. Dalam abad ke 17 dan 18. para ahli matematik dari Inggeris dan Perancis mula mengkaji bangunan besar itu.

Diantara orang yang mengkaji piramid ialah John Greaver dan Sir Isaac Newton Walau begitu telili kajian yang dibuat, mereka masih tidak dapat memecah rahsia yang terungkap.

Pada tahun 1830an salah satu keajaiban Piramid besar itu telah ditemui oleh seorang pengkaji bangsa Inggeris Richard Howard Vyse.Dalam ekspedisinya itu, dia terjumpa saluran kecil berukuran sembilan inci yang menghubungkan dinding utara dan selatan dengan ruang raja. Setelah saluran itu dibersihkan, diketahui suhu dalam ruang tersebut tetap 68 darjah Fahrenheit, suhu itu amatsesuai untuk menyimpan alat ilmiah berukuran panjang dan berat seperti yang diceritakan dalam legenda tentang Ruang Raja tersebut. 30 tahun berikutnya, seorang Inggeris lain bernama John Taylor membuat kesimpulan dari penyelidikannya bahawa Piramid Besar di Giza itu merupakan monumen pengetahuan seluruh alam. Sebelum Copernicus menyusun teorinya, orang Mesir telah mengetahui bahawa bumi ini bulat dan berputar pada paksinya. Pendapat John Taylor itu dapat diketahui dengan lengkap dalam bukunya bertajuk The Great Pyramid Why Was It Built and Who Built It.

Ada sesetengah pengkaji mengatakan piramid besar itu adalah sebuah pengamatan bintang. Lembaga Piramidologi di London pula berpendapat bahawa Piramid Besar itu secara tepat meramalkan hari depan manusia.

Photobucket



This entry was posted on 15 May 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

One Response to “Piramid Giza Misteri Alam”

Unknown said...

maseh ada rahsia besar dlm piramid.. mgkin Allah x izinkn ianya keluar lg..
sej pnting dunia byk dlm negara2 islam arab.. ttapi yg monopoli org kristian jg..