SELAMAT DATANG KE LAMAN KOLONI HITAM .. BACA , KOMEN DAN FOLLOW .. TERIMA KASIH .. DATANG LAGI .. =)

SNEIJDER->> Chelsea 2011/2012??



Wow . Bidaan telah di buat 

Mungkin sebagai satu syarat dari- pada Guus Hiddink, Chelsea akhirnya membuat bidaan untuk mendapatkan khidmat perancang Inter Milan, Wesley Sneijder.Biarpun Hiddink belum sah menjadi pengurus Chelsea, pihak pengurusan The Blues yakin dapat melantik jurulatih kelahiran Belanda itu sebagai pengurus mereka selewat-lewatnya minggu depan.

Sebelum ini, Hiddink telah memberitahu Chelsea supaya mengatasi bidaan dua kelab gergasi England, Manchester United dan Manchester City yang turut berminat melamar Sneijder. Sneijder, 27, hampir pasti akan meninggalkan Inter pada musim panas ini dan telah meluah- kan hasrat untuk beraksi di England.Pengurus United, Alex Ferguson sudah lama mencuba untuk membawa perancang itu ke Old Trafford dan menganggap Sneijder sebagai pengganti yang sesuai kepada Paul Scholes.

Namun permintaan gaji yang tinggi daripada Sneijder iaitu £200,000 (RM989,350) seminggu adalah di luar kemampuan United, sekali gus me- yakinkan Chelsea bahawa mereka adalah pilihan yang lebih baik berbanding dengan City. The Blues juga sedang menanti Presiden Persatuan Bola Sepak (FA) Turki, Mahmut Ozgener kembali bertugas minggu depan sebelum dapat membuat tawaran rasmi untuk melantik Hid- dink, 64, sebagai pengurus mereka.

Turki berkeras enggan melepaskan Hiddink meskipun beliau masih memiliki baki setahun dalam kontraknya sebagai jurulatih kebangsaan negara tersebut meskipun Chelsea bersedia membayar klausa pelepasan kontrak sebanyak £4 juta (RM20 juta).

 Sementara itu, Carlo Ancelotti yang dipecat oleh Chelsea bulan lepas, menafikan kaitannya dengan kekosongan di Aston Villa dan Fulham.
 "Saya tidak terdesak untuk mencari pekerjaan sekarang dan saya rasa semua itu tidak perlu.
"Saya akan berehat selama setahun untuk belajar dengan lebih mendalam lagi," katanya. - Agensi
Photobucket



This entry was posted on 08 June 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

One Response to “SNEIJDER->> Chelsea 2011/2012??”

AzminAdli said...

uit,betol ka sneijder gi chellsea??yahoo!!saya fnaticas chelsea.thank for the info...