Dulu daku pernah memujanya ,
Dulu daku pernah menyanjungnya,
Dulu sering saja meniti di bibirku .
Entah dimana silapnya semua itu berubah .
Daku mula meluat dengan nya ,
Daku mula mengejinya,
Daku mula membuangnya,
Daku mula menghukumnya,
Atas segelintir sikap, daku membuat keputusan .
Namun ,
Kini semua seolah mahu berputar lengkap ,
Daku mula terleka,
Daku mula terhanyut,
Namun pada masa yang sama hati masih lagi berkata yang seperti dulu .
Kadang kala setiap kata - kata tidak dapat di tarik .
Daku mula terasa seperti terperangkap antara benar dan palsu .
Kata hati selalunya betul dan
daku akan pastikan agar kesilapan lalu tidak berulang

Post a Comment