SELAMAT DATANG KE LAMAN KOLONI HITAM .. BACA , KOMEN DAN FOLLOW .. TERIMA KASIH .. DATANG LAGI .. =)

Final Piala Malaysia 2012 TRW vs ATM




Setelah menyingkirkan Selangor dalam saingan separuh akhir dengan agregat 3-0 , kelantan mara dengan langkah bergaya di final yang mana akan berentap bersama pasukan juara liga perdana iaitu Angkatan Tentera Malaysia. ATM mara ke perlawanan akhir setelah menyingkirkan naib juar liga super iaitu Lions12 melalui penentuan sepakan penalti.

Kebangkitan ATM pada musim ini seolah-olah melaung amaran bahawa mereka bukan lagi pasukan belasahan, malah mereka telah menyingkirkan juara bertahan N.9 pada peringkat suku akhir. ATM yang di barisi dengan tonggak berpengalaman seperti HaiO,Rizal Zambri, Aidil dan berebrapa nama besar bola sepak juga memiliki penyokong yang kosistan sorakan padu mereka.

Berbalik di kem Kelantan yang mara ke perlawanan akhir 2 kali dalam tempoh 3 tahun mempunyai cita-cita tersendiri iaitu untuk mencatat treble pertama pada kali ini. Walaupun mereka terpaksa beraksi tanpa kelibat Ghaddar dan Farhan pada saingan akhir nanti, TRW mempunyai penganti tempat yang sesuai dan pilihan yang berbagai, sama ada mahu meletakan afiq azmi bergandingan dengan norshahrul mahupun menolak indra kehadapan.

Sama-sama kita saksikan kemuncaknya pada 20.10.2012 , 8.45 Malam , Stadium Shah Alam.

This entry was posted on 16 October 2012 and is filed under ,,,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.