SELAMAT DATANG KE LAMAN KOLONI HITAM .. BACA , KOMEN DAN FOLLOW .. TERIMA KASIH .. DATANG LAGI .. =)

Facebook Cover V1

No Comments »









Sedikit sharing my artwork. Design Facebook Cover Timeline, Edisi ketika masa terluang . Ada lagi coming soon

Suka Conteng

No Comments »


Before photoshop ini lah tempat nak main-main, dulu masa kecik-kecik selalu bukak benda ni..Zaman sekarang ada lagi ke yang bukak dan guna paint?
 

Juara Treble 2012

No Comments »




Kancah Piala Malaysia melabuh tirai , dengan aksi final yang sunggu sengit dan dramatik, secara tidak langsung saingan piala domestik musim ini turut menutup musimnya dengan penuh gilang gemilang oeh The Red Warriors apabila berjaya mencapai Trebel pada musim 2012 . Aksi konsistan yang di pamerkan oleh anak buah Boyan Hodak ini mampu mengekalkan kejuaraan liga super dan merampas kembali piala Malaysia dan mencipta sejarah apabila bergelar juara piala FA tahun ini.

Walaupun di landa dengan pelbagai provokasi dan kontroversi , The Red Warrior kini boleh mendabik dada dengan kejayaan treble ini tetapi harus berwaspada dengan ancaman pasukan lain pada musim depan. Kerana untuk mencipta kejayaan mudah tetapi mengekalkan kejayaan tidak mudah.

Dalam aksi final Piala Malaysia, menghadapi lawan yang di barisi dengan tonggak berpengalaman dan perkasa ATM, tindak melenturkan semangat juang pasukan untuk merobek ATM. Seawal visel di tiup, ATM mula melancarkan serangan kegawang Kelantan . Namun Kelantan juga berpeluang untuk meraih gol namub tandukan Afiq berjaya di tepis keluar penjaga gol ATM Faizal Harun.

Indra putra muncul wira apabila menghadiahkan gol kemenangan pada masa tambahan . Aksi Matyo yang luar biasa pada malam final lalu patut di puji apabila meledak 2 gol pada masa sebenar. Walaupun di lema isu penggantungan Nor farhan dan Ghaddar , Skuad TRW tidak berdepan masalah walaupun di laporkan tempang di final .

Misi 2012 Tercapai :  

Final Piala Malaysia 2012 TRW vs ATM

No Comments »




Setelah menyingkirkan Selangor dalam saingan separuh akhir dengan agregat 3-0 , kelantan mara dengan langkah bergaya di final yang mana akan berentap bersama pasukan juara liga perdana iaitu Angkatan Tentera Malaysia. ATM mara ke perlawanan akhir setelah menyingkirkan naib juar liga super iaitu Lions12 melalui penentuan sepakan penalti.

Kebangkitan ATM pada musim ini seolah-olah melaung amaran bahawa mereka bukan lagi pasukan belasahan, malah mereka telah menyingkirkan juara bertahan N.9 pada peringkat suku akhir. ATM yang di barisi dengan tonggak berpengalaman seperti HaiO,Rizal Zambri, Aidil dan berebrapa nama besar bola sepak juga memiliki penyokong yang kosistan sorakan padu mereka.

Berbalik di kem Kelantan yang mara ke perlawanan akhir 2 kali dalam tempoh 3 tahun mempunyai cita-cita tersendiri iaitu untuk mencatat treble pertama pada kali ini. Walaupun mereka terpaksa beraksi tanpa kelibat Ghaddar dan Farhan pada saingan akhir nanti, TRW mempunyai penganti tempat yang sesuai dan pilihan yang berbagai, sama ada mahu meletakan afiq azmi bergandingan dengan norshahrul mahupun menolak indra kehadapan.

Sama-sama kita saksikan kemuncaknya pada 20.10.2012 , 8.45 Malam , Stadium Shah Alam.